Kehilangan Tonggak Utama Rencatkan Perancangan Pasukan

06 Mar 2016 10:15AM

PENOLONG Ketua Jurulatih Felda United, Mohd Nik menyifatkan kehilangan dua tonggak utama pasukan semasa seisi pemanas badan dan diawal perlawanan antara begitu dirasai hingga menyebabkan kekalahan 2-3 kepada PKNS FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA 2016.
Jelasnya, kecederaan dialami penjaga gol utama Farizal Harun ketika seisi pemanas badan dan pertahanan import Gilberto Marangoni pada awal separuh masa pertama nyata merencakan perancangan pasukan.
'Kehilangan Gilberto pada minit ke -13 nyata memberi kesan kepada pasukan walaupun tiga minit kemudian Francis Forkey Doe meledak go pertama Felda United.
'Selepas itu khususnya pada separuh masa kedua kita lihat pertahanan sedikit goyah dan ia memberi  ruang sedikit kepada lawan dan akhirnya mereka berjaya menjaringkan tiga gol.
'Kami cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun kita hanya berjaya memperolehi satu gol, apa pun saya ucapkan memuji semangat pemain yang berusaha bersungguh-sungguh memburu gol,' katanya.
Pada perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka, The Fighters terlebih dahulu didepan pada minit 16 melalui Forkey Doe namun tuan rumah menyamakan kedudukan hasil jaringan Miguel Guerra Gabriel pada minit ke 50.
Tuan rumah terus melebarkan kelebihan jaringan pada minit 67 melalui Matias Hadwa dan Nazrin Syamsul Bahari selang tiga minit kemudian untuk memastikan kedudukan 3-1.
Jaringan Mohd Hadin Azman pada minit 76 terus memberikan semangat buat Fighters memburu gol penyamaan namun kekentalan benteng pertahana tuan rumah memastikan kemenangan memihak kepada PKNS FC 3-2.