Kemenangan Positif Sebelum Saingan Liga Berehat

13 Mar 2016 10:30AM

TIGA mata diraih Felda United selepas berjaya menewaskan Pahang, 2-0 sebelum Liga Super berehat tiga minggu nyata melegakan pengendalinya Irfan Bakti Abu Salim.
Jelas Irfan Bakti, pastinya kemenangan ini begitu berharga untuk terus bersaingan merebut kejuaraan.
'Sebenarnya saya tidak menyangka saingan diberikan Pahang pada pertembungan kali ini berbeza dengan aksi dipamerkan mereka ketika menentang Sime Darby mahupun T-Team sebelum ini.
'Tahniah saya ucapkan kepada pemain yang memberikan aksi memastikan kemenangan, Alhamdulillah kami memperolehi tiga mata sebelum saingan berehat panjang untuk memberi ruang persiapan pasukan kebangsaan,' katanya.
Pada perlawanan tersebut, Felda United mengekalkan rekod tanpa kalah beraksi Stadium Tun Abdul Razak (STAR) hasil jaringan Francis Forkey Doe pada separuh masa pertama sebelum gol kedua  terhasil pada babak kedua melalui jaringan sendiri pemain Pahang.